Friday, January 20, 2012

Bukan Tolak Jodoh tapi Tangguh Dulu Jodoh....

Cerita di satu pagi...

* 3 orang anak dara kelihatan sedang memasak untuk makan tengah hari di dapur sambil di perhatikan oleh makcik mereka. Makcik Leha ( bukan nama sebenar) sesekali menegur jika ada yang salah dilakukan oleh anak2 dara itu. Dengan pengalaman menjadi suri rumah selama 30 tahun, tidak dapat dinafikan bahawa Makcik Leha orang berpengalaman. Makcik Leha telah bahagikan tugas agar kerja akan berjalan lebih lancar. Anak dara paling tua Liza (bukan nama sebenar) telah ditugas untuk memasak kuah. Anak dara yang tengah Ara ditugaskan untuk memasak sayur. Anak dara yang paling bongsu Hani pula diminta untuk mengoreng ikan. 


Makcik Leha  : Masak elok2 ye. nanti boleh cepat kawin.
Ara               : Hehe, cepat kawen pulak. *sambil senyum kambing
Makcik Leha  : Yelah, dah pandai masak boleh la kawen terus. 
Ara               : Mana boleh kawen terus macam itu. Kena belajar benda lain jugak. Bukan 
                      pandai masak sajala makcik.
Makcik Leha  : Bercakap pasal kawen kan, makcik ada benda nak tanya hampa 3 orang nih.
Liza              : Tanya apa makcik? *dengan muka curiga
Makcik Leha  : Hampa dah ada boifren ka? Liza makcik dah tahu ada. Nih si Ara dengan 
                      Hani tuh, dah ada boifren ka belom?
Ara               : Ish makcik nih! ke situ pulak cita nya. lawak la makcik nih *gelak2 kecil
Hani             : Yelah, makcik nih boleh buat lawak siang2 hari macam nih.
Makcik Leha  : Apa pulak lawak? Makcik tanya betol nih. hampa dua dah ada boifren belom?
                       Ka ada kawan rapat ka? *muka serius
Ara               : Makcik tanya serius ka? gulp~ *telan air liur
Makcik Leha  : Betol nih, kita tanya betol, dia ingat buat lawak pulak *muka masih serius
Ara               : Hmmmm~ Boifren?? Ara..araa.....

Bersambung...............


                                       
                     

 

No comments:

Post a Comment