Friday, April 13, 2012

Dreams :)

Hai guys,


            When talk about dreams, everybody is excited :) Big dream,small dream or impossible dream. I can say that everyone has their own dream. We can dream big but can we achieve the dream??? That's depend on our effort and Allah will :)


            You see people happy with their life and you dream to be happy like them. But did they really happy or they just pretend to be one just because to cover their pathetic life :) Guys, don dream to be someone else. Just be yourself and dream :)


           Like everybody, i also got my own dreamS :) see how i caps lock the S :) So that you guys realize that i have many dreams which i can not sure whether i can achieve it or not Y_Y . Well guys, old folk said that behind successful person, always has a big dream :) You can dream big but do nothing. Yeah, its really up to you how you want to do with your dream. It is your dream after all not us :)


           My dreamS?? HAHA~ I don think you guys has interest with my lame dream :P I have short distance dreams and long distance dreams. How cool is that?? :D I will reveal my short distance dream first. Bcoz i believe that when you start telling people about ur dream, it eventually motivate yourself to make ur dream come true. HAHA :)


                    
              My Stunning Short Distance Dream ( Cool!~ :D)             

                  
  •   To graduate with second class upper or Dean list
  •   To work at MNRB and try to be nice with the senior workers   
  • ( hopefully they can accept me a part of them. Damn Scared!~T_T)
  •   Get my own car :)
  •   Make my family happy ( in all the ways that i can)




* see how my short distance dream not that damn short right. I have my long distance dream. Much bigger than that. Much harder to achieve but i will try my best. why i don put my personal love as my short dream. I have my own reason :) by the way guys, don afraid to dream big. A big dream can lead to the big happiness. I believe that :)








                                                          

Tuesday, April 10, 2012

Rahsia Jodoh :)

Cerpen ini di copy and paste dari web Iloveislam :)



Melihat kebahagiaan manusia lain dengan apa adanya pada diri kita itu adalah sangat bahagia. Namun pada ketika melihat kebahagiaan orang lain dengan diam-diam melihat segala kekurangan diri sendiri, itu adalah muara segala kepedihan.
Di muara itu, pedih itu akan mengalir perlahan-lahan, lesu tapi pasti ke hulu hati. Dan inilah kisahnya, kisah bagaimana saya akhirnya menegadahkan wajah pada yang namanya bahagia yang pedih.
Tahun akhir.
Tahun terakhir di universiti menjadikan saya perempuan yang kurang terkendali. Tugasan akhir perlu dihantar, harapan ibu bapa juga perlu dijunjung, namun paling membuat saya terjerembap pada namanya pedih, adalah kata-kata mitos yang entah siapa menciptanya.
Kata mereka, "Sekiranya kamu sudah berada pada tahun akhir, tetapi kamu belum punya buah hati, kamu akan sulit mencari jodoh."
Saya tahu itu mitos, namun tetap sahaja ia mengganggu hati pada ketika mata mahu pejam. Ia seperti nyamuk yang lapar dan menyangka telinga kita adalah tempat meluahkan rasa laparnya.
Saya cuba sabarkan diri, cuba penuhkan waktu dengan segala jenis kesibukan yang saya tahu, namun tetap sahaja kata-kata mitos itu berdatangan masuk ke dalam hati. Jelas, hati saya masih ada celah-celah yang tidak saya ikat rapat-rapat, walaupun sudah segenap usaha saya mencuba.
Bertanya juga saya dalam hati, "Mengapa tidak ada yang mengutuskan surat cinta?"
Untuk pertanyaan itu sering saya jawab dengan penuh rasa rendah diri, "Saya bukan perempuan yang cantik."
Yang bertambah merisaukan saya adalah pada hari itu, pada ketika saya mahu menyedapkan hati, mahu berkata cinta sebelum nikah itu haram lalu saya bertanya kepada teman sebilik saya yang tinggi ilmunya.
"Kamu tidak fikir cinta sebelum nikah itu haram?"
Dalam tersenyum dia menjawab, "Bercinta tidak haram, yang haram adalah zina. Jadi sekiranya cinta kamu itu mendekatkan kamu kepada zina, kamu boleh fikirkan sendiri hukumnya, dan kamu sendiri tahu menyusun keutamaannya. Jangan salahkan cinta tetapi salahkan diri kamu sendiri. Nabi Muhammad saw sendiri tidak membantah orang bercinta tetapi cinta itu perlu berakhir dengan perkahwinan kerana hanya itu ubatnya cinta.
Seperti kisah seorang gadis yatim yang dipinang oleh dua lelaki. Seorang miskin dan seorang kaya. Gadis tadi memilih lelaki miskin tadi atas dasar cinta sedangkan penjaganya memilih lelaki kaya tadi. Apabila perkara itu diajukan kepada Rasulullah, beliau bersabda, 'Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah". Ini hadis sahih riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah."
Itu jawapan yang saya pegang bersama dengan runsing pada mitos yang saya tidak tahu di mana benarnya. Mujur juga, teman sebilik saya yang cantik, alim dan bijak itu tidak ada teman lelaki. Keadaan itu melegakan hati saya kerana saya tahu, saya tidak sendiri.
Yang paling melegakan saya adalah bicaranya. Katanya, "Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu."
Lalu berdoa sahajalah yang dapat saya lakukan, dan akhirnya, seperti doa dalam diam saya dijawab Tuhan, dan pada hari itu saya menemukan lelaki ini, lelaki yang membuatkan mitos itu kabur daripada hati saya.
Lelaki.
Dia rakan sekuliah, dan dia seorang yang sangat tekun belajar dan dia cuma kalah tekunnya kepada rakan karibnya sendiri. Markah peperiksaan dia tidak pernah gagal mendapat B ke atas. Pada wajah dia, semua sepakat mengakui, jelas sinar kejayaan di situ. Saya juga melihat perkara itu dan saya akui dalam tidak sedar, hati saya mula terpaut kepada dia.
Namun, perempuan tetaplah perempuan. Malu itu adalah perkara nombor satu. Malahan dengan kacak wajah lelaki itu, saya sangat yakin, setidak-tidaknya dia sudah punya kekasih yang akan diajaknya bernikah usai menerima ijazah.
Itu yang saya yakin sehinggalah pada hari itu, selepas peperiksaan terakhir, pada ketika di luar dewan peperiksaan masih riuh dengan gelak tawa, dia datang kepada saya.
"Saya tidak pandai berkata-kata dan saya masih malu," ucap dia yang pertama, membuat saya terhairan-hairan.
"Jadi?"
"Begini, biar saya berterus-terang." Lelaki itu menggaru-garu dahinya yang saya tahu tidak gatal, tetapi gaya itu membuatkan saya semakin tertanya-tanya.
"Begini...." Pada ayat itu juga dia berhenti dan kembali tunduk.
Saya hanya melihat jam, dan apabila melihat saya begitu, wajahnya terlihat risau.
"Begini...."
"Apa yang begini?" soal saya segera.
"Begini, saya bertanya kepada ibu saya, bagaimana saya mahu mencari perempuan yang baik untuk saya nikahi. Ibu saya menjawab, saya tidak perlu risaukan berkenaan perkara itu. Perkara yang perlu saya risaukan adalah diri saya sendiri. Saya perlu menjadi lelaki yang baik dan pada ketika itu persoalan 'bagaimana mencari perempuan baik' akan selesai dengan sendirinya," jelas dia panjang.
"Jadi?" soal saya lagi dengan hati yang sudah berdegup kencang.

"Jadi, saya fikir, dalam empat tahun di sini saya sudah berusaha sebaik mungkin menjadi lelaki terbaik, dan saya fikir, lelaki yang baik bukan lelaki yang sekadar menanti jodohnya, tetapi adalah lelaki yang juga mencari, dan itulah yang saya mahu beritahu," jawab dia dengan tergagap-gagap.
Mendengarkan itu pipi saya menjadi merah. Apa maksud dia? Mengapa tiba-tiba dia berkata begitu kepada saya? Takkan dia.... Tiba-tiba saya berasa saya menjadi perempuan yang sangat bertuah.
"Jadi, saya minta tolong awak, tolong hantarkan surat ini kepada rakan sebilik awak," kata dia lalu menghulurkan surat bersampul biru muda kepada saya, dan terus rasa bertuah saya hilang entah ke mana, dan terus sahaja merah pipi saya bertambah hangat.
"Sebelum awak salah anggap, ia bukan surat cinta, tetapi ia adalah surat izin mahu berjumpa ayahnya. Jadi saya harap awak tidak anggap saya ini lelaki yang sekadar bermulut manis," jelas dia dengan bersungguh-sungguh.
Saya tahu, pedih saya sudah bermula. Teman yang membuatkan saya selesa itu juga sudah menerima surat cinta, dan saya? Tetapi saya tetap bahagia kerana teman baik saya itu mendapatkan lelaki yang mendengar kata-kata ibunya, lelaki yang cerah masa hadapannya. Saya bahagia tetapi tetap sahaja ia bahagia yang pedih.
Lalu pada ketika saya memberikan surat sampul biru muda kepada teman sebilik saya, dia berkata, "Sebenarnya, kamu juga mendapat surat yang sama daripada rakan karib lelaki itu. Kamu sangat bertuah." Lantas dia menghulurkan satu sampul surat putih kepada saya.
Pada sampul surat putih di tangan saya itu, saya tahu seperkara, apapun isinya, ia adalah petunjuk kepada rahsia jodoh saya.

Monday, April 9, 2012

Tiba-tiba rasa nak kawen :)

Salam guys,


               Sekarang Cik TaRo tengah cuti laaa!~ Feeling heaven getting to start. LOL. By the way, just ignore my 'few' assignment that i need to pass up after this break Y_Y and add up the pain is i got exam after this break. That is just too great right?? Hmm~


               Aku seyes tak tahu feeling membuak-buak rasa nak kawen nih cbb hormon ka cbb mmg umur aku nih mmg hormon gatal tuh dah datang. Bagi aku normal la umur 22 aku fikir pasal kawen kan? (pergh! umur aku dah 22 ka??) Ya Allah, dah 22 tahun aku hidup di muka bumi ini.


               Atceli takla ramai sangat kawan-kawan aku yang dah kawen. Myb ada sorang nih. Tahlaa, aku selalu jugak stalk fb dia cbb nak tengok progress hidup dia. Gila kan?? memang gila pon. HAHA~ Tapi aku just rasa hidup dia sangat la bertuah. Kawen dalam usia muda, suami baik n berkerjaya. kalau korang tahu hubby dia kerja pa. sure korang pon akan rasa macam aku rasa. SEYES!!


             Itu semua pon rezeki dia kan. Sapa aku nak persoalkan semua takdir ALLAH. lagipon she really deserve it :) But to watch her life go by the flow, make me realize that myb its is the right time for me to think over about this matter. B4 nih aku jarang fikir sangat sebab aku penah cakap yang aku tak mahu kawen. Aku akan jaga my mom till the end.


           Aku hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan. Sebanyak pon aku sayang mama aku. Allah lebih sayangkan dia. About more than one year my mom leaving us. Sobs :'(  Life has to goes on~ I will always love both my parent :) 


           Tah kenapa perasaan nak kawen aku nih menjadi2. Aku pon tak faham kenapa. Sampai aku boleh rasa, kalau nak kawen esok pon xpa. HAHA! But the major prob is aku tak ada sapa lagi. I am still SINGLE :) Gila trus terang sih. But dah benda betul kot. So adakah layak untuk aku yang masih single nih nak pikir pasal kawen2 suma nih??


            Kat entry nih jugak, aku nak mntak maaf kepada si dia itu. Walaupun aku tahu dia tak mungkin baca blog aku kan. But still aku nak mintak maaf. Awk, saya nak mintak maaf kalu selama kita kawan, saya banyak sakitkan hati awak. Maapkan saya :(  Macam saya kata kat awak. Kalau dah tertulis jodoh kita, kita pasti akan bersama. Kan? :)


           Even aku masih single, bagi aku tak salah tuk aku pikir pasal kawen. Tak salah untuk bersedia awal. Kalau ikut hati memang aku nak kawen awal, n dapat anak comey2. Hidup happily ever after :) Masih tgu siapa bakal penjaga hati nih. Jodoh??? Benda tuh akan datang nanti kan. Sekarang aku ada banyak benda nak buat lagi. Like to do list before get marry :) InsyaAllah kalau aku dah nak kawen. KORANG KORANG KORANG yang baca nih aku akan pagey dulu :)