Thursday, March 24, 2011

AKU SKEMA!!





                                          AKU SKEMA B)




Salam guys,


             Pagi ini nak buat skema sedikit la. aku nak tulis semua dalam bahasa baku. sebelum kamu semua gelak, aku dah gelak dahulu ^_^ sangat lawak kan? hari ini cik farahin hendak menjadi rakyat yang menghargai bahasa nya sendiri. dengan itu aku melancarkan post 'AKU SKEMA'. lepas 'aku skema' itu ada sesuatu kan? itu gambar aku pakai cermin mata B) simbol itu adalah simbolik keskemaan aku~ tapi kenapa gambar badut? eh kamu semua tidak kah pernah mendengar istilah SKEMA BADUT. itula dia. 


              Tanpa anak muda seperti aku, entah sesiapa lagi yang akan memperjuangkan bahasa kita ini. aku hendak menjadi anak muda yang sayangkan bahasa nya. Serious cakap aku sangat sayangkan Malaysia. Aman hidup di sini. Tenang di sini. seronok sangat ^_^

               Dalam hati aku sekarang, sangat2 nak gelak! hahahahahhahahaha~ ok baik! aku dalam post skema jadi aku kena kawal. tolong jadi serius ya. alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. haih~ aku nak cakap pasal ALANG2 ja. ini dah sampai peribahasa bagai nih. memang farahin ini berjiwa melayu kental. ^_^


           sebenarnya waktu aku tengah tulis post ini, perut aku tengah mainkan lagu abang bieber aku, 'never say never' nih. untuk bahasa yang lebih mengagumkan. perut ku tengah berkeroncong minta di isi.serius lapar kot. ok semua, aku nak menjalankan tanggungjawab aku sebagai RA yang baik dengan ketuk bilik anak2 buah aku kot mereka ada makanan apa2 untuk RA mereka yang baik + comey ini. ^_^  baik aku mula dengan junior2 dulu. mesti mereka akan berbicara begini ini


                'kak fara lapar ka? ini kami ada makanan, jom join sekali..'


             yes itu aku  hendak dengar! kalau itu tidak berjaya kita pergi mintak kat kawan satu batch. haih~ takkan kawan lapar tak nak bagi makanan kot kan. harap2 mereka semua kata begini.


               'oit fara lapar ka? nih kami ada roti sandwich nih, mari la makan sekali..'


             oh sedapnya sandwich itu~ oit makan pon tidak lagi, dah kata sedap. kikikikiki.. tapi kn.... kalau itu pon tidak berjaya. owh tidak apa! kita mintak kat senior pulak. aha better aku mintak kat senior. mereka suma ada rice cooker (walaupun di haramkan bawa tp aku kan RA yang baik) kalau la pengetua tahu T_T

               'adik lapar ka? nih akak ada masak nasi goreng ini. mari la makan sekali.'


              memang perut aku nih dah main lagu rancak sebab dok sebut pasal makanan ini. kalau misi itu pon tidak berjaya, aku telefon abang sham terus. abang sham kan presiden. tidak akan dia nak biar aku lapar. hahaha, paling tidak pon kita paw suruh dia beli nasi lemak. itu cadangan yang sangat bernas. abang sham tidak mahu, kita paw nasuha, RA blok A itu. 


             okeh la. aku dah lapar nak mati. nak cuba rancangan pertama itu dulu. selamat tinggal semua. akhirnya aku berjaya jugak menulis di dalam post AKU SKEMA~ post ini mungkin sahaja akan ada sebulan sekali atau pun seminggu sekali. tunggu..... ^_^


           

No comments:

Post a Comment