Tuesday, May 17, 2011

Cinta Tersembunyi...

Salam guys,


               Banyak plak post cik TaRo kan? hehe ;)). cik TaRo just nak share dengan korang suma pasal 'CINTA TERSEMBUNYI'. Pernah x alami cinta jenis ini? *sila angguk kepala laju-laju ;PP


mesti pernahhhhh kannn? ;PP


                Kalau tanya cik TaRo pon, cik TaRo akan jawap YA! YA! *gila excited ;PP. mesti la pernah. waktu sekolah dulu2.korang rasa minat kat seorang mamat ini. then segan, plus2 malu nak bagitahu sapa. pendam2 smpai korang pon dah mula lupa yang korang minat dia. sedar2 dah kapel ngan orang lain. hahahaha! pape pon layan laaaa yeaaa...




BIARKAN CINTA ITU TERUS DIAM..~


Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tidak mahu memusnahkan kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan memusnahkan izzah dan iffahmu..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALI?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan...kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata..bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tidak memiliki kesempatan untuk
berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam...

jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...~




love u but..........




love,
Cik TaRo



  


No comments:

Post a Comment